umbra comix
Interview Sendiri

HOME

Updates
Diskusi konsep UMBRA: BHDU
Artikel pengenalan
Interview Sendiri
Preview UMBRA #1
sampel 1: Black Hole
sampel 2: Solitaire
Preview UMBRA #2
Data umbra#2
sampel UMBRA#2
e-mail
Mailbeg
Quick Sketches
MEMO untuk UMBRA

Merenung bayang di dalam bayang.

Bicara dengan UBDerTaker, pakar motivasi UMBRA (On Lithium).  (Amaran : ambil paracetamol jika pening kepala)

FQ: Berapa umur anda?
Ubder: Ikut keadaan. Ada masa macam orang tak cukup umur, ada masa pula macam orang tua sangat-sangat. Tapi sekurang-kurangnya hari-hari kena cukur misai dan janggut.
 
FQ: Dah tua la tu pakcik!
Ubder: Eh saudara ni, bila pula saya teringin kahwin dengan makcik anda? Panggil Encik Ubder sudahlah. Panggil Tuan lagi bagus.
 
FQ: (Betul ke dah makan ubat ni?) OK lah. Apakah pengalaman saudara dalam membuat komik dan adakah saudara ni betul-betul minat komik atau jealous tengok orang lain buat komik?
Ubder: Saya dah lama buat komik, tapi tak pernah terbitkan. Maklumlah tak cukup modal, lukis pun tak cantik. Macam Picasso adalah. Komik pertama saya adalah "Perjalanan Amat dengan Kucing kurapnya ke planet Marikh dengan Roket Apollo". Hero saya Mat (nama kampung masa zaman kecil) kurus macam orang lidi, kucingnya pula tinggal tulang sebab perjalanan yang amat lama nak sampai planet tu. Malangnya kena sensor oleh cikgu Sains saya. Katanya terlalu kuat angan-angan dan langsung tak di suruh pun dalam homework.

scrook01.jpg

Komik saya lepas tu adalah " Mengapa cahaya sebenarnya tidak bergerak lurus" yang mencabar teori masa dulu tentang cahaya.  Mungkin masa sekolah rendah dulu saya amat terpengaruh dengan karya-karya Jules Verne dan H.G. Wells.  Ada juga saya cuba buat kartun tapi saya tak pandai tulis lawak, jadi kensel saja lah. Antara komik awal yang saya tertarik adalah Asterix & Obelix (karya Goscinny dan Uderzo), Tin Tin Adventures (Herge) dan Bambino.
 
Antara hasil karyawan tempatan yang saya suka membaca adalah karya Halim Teh, Nik Nordin (Rio Anakku), Jaafar Taib (Satri, Aga-aga, Hang Tuah), Mishar (Kumbang), Rizalman (Inspektor Nizam), A Rahman B (cerita hantu dan puaka) dan Mohd Zohri. Ada ramai lagi yang sangat saya hormati, tapi dak tak ingat la. (Kalau ada yang tersalah nama, saya minta maaf sebab hard disk dalam kepala dah korup sikit).
 
Lee FQ: Wooo, itu nama banyak tak pernah dengar la! Tahun bila lu lahir ni. Takkan tak ada nama baru yang saya kenal?
Ubder: Saya memang banyak membaca karya-karya terkini, tapi tak berapa minat dengan kartun jenaka sebab tak ada cerita. Jenis komik yang saya minat adalah yang mempunyai cerita yang seperti menggambarkan daya kreativiti pengarangnya untuk menghasilkan dunia mereka yang tersendiri. Pernah dengar "Lone Wolf and Cub" yang kemudiannya menjadi wayang di Jepun? Walaupun karyawan kita tak famous macam tu, tapi hasil karya mereka memang amat aku hargai. Malangnya, masa saya kecil dulu, orang-orang tua cukup anti-komik, sedangkan mereka tak tau bahwa itulah sumber daya kreativiti saya ketika memahami teori-toeri fizik dan matematik. Jenis komik yang aku minat adalah yang membawa pembaca dari titik A sehingga titik B melalui perspektif pengarangnya, tanpa ada pembaca tak faham.  Pengarang itu seolah sebagai penunjuk jalan. Namun begitu ada la juga nama zaman ni yang saya gemar seperti Alan Moore, Frank Miller, Neil Gaiman, Toru Fujisawa, Serpieri, Richard Corben. Banyak sangat yang bagus.
 
FQ: Yang baru-baru ni tak minat ke seperti jenerasi Image Comics tu, Alex Ross ke?
Ubder : Jay Lee kira OK juga, tapi kebanyakan yang baru ni asyik tunjuk watak hero yang terlalu "cool". Saya dulu ada berhenti baca X-Men sekejap, tapi baru-baru ni bila Grant Morrison ambil alih penulisannya, rasa seronok balik nak baca. Tentang Alex Ross pula, lukisannya pula memang mengancam gila, tapi saya ini hanyalah pembaca komik, bukannya peminat art (Walaupun minat juga lukisan Dali). Tapi kalau karya Charles Vess atau Moebius memang saya suka, kerana lukisan mereka menceritakan sesuatu.
 
FQ: Bagaimana dengan majalah lawak tempatan dan antara bangsa?
Ubder: Saya jealous dengan mereka kerana memang banyak peminat dan senang laku. Namun begitu sememangnya mereka berkerja keras untuk mencapai tahap ini pada awalnya. Standard mereka kini amat tinggi dan berjaya mencapai pengiktirafan masyarakat. Kalungan tahniah patut diberikan kepada usaha awal majalah Gila-gila dan Gelihati yang berjaya menyebabkan majalah lawak begitu popular ketika ini. Kini Gelihati sudah tiada lagi dan luput dari ingatan generasi pembaca baru. Kartunis lawak yang paling saya hormati adalah Rejabhad yang telah mengarang cerita Klasik Periwira Mat Gila dan Tan Tin Tun. Saya menganggap karya-karya tersebut lebih kepada novel grafik yang menggunakan unsur humour sebagai gaya penyampaiannya.  Majalah antarabangsa pula dulu memang suka karya Don Martin dalam MAD Magazine. Tapi bila pandai sikit, Sergio Aragones  adalah karyawan yang amat saya minati setelah karyanya "Groo the Wanderer" muncul. Pengaruh gaya lukisan Aragones memang ketara dalam beberapa majalah lawak kita masa kini.
 
(bersambung)

logokecil.jpg

Last updated on

umbra comix