Make your own free website on Tripod.com
umbra comix
Preview UMBRA #2

HOME

Updates
Diskusi konsep UMBRA: BHDU
Artikel pengenalan
Interview Sendiri
Preview UMBRA #1
sampel 1: Black Hole
sampel 2: Solitaire
Preview UMBRA #2
Data umbra#2
sampel UMBRA#2
e-mail
Mailbeg
Quick Sketches
MEMO untuk UMBRA

Setelah mendapat berbagai maklumbalas dari pembaca dan juga kenalan terutama kawan-kawan dari Pergh.com , kami telah cuba membuat beberapa perubahan dalam keluaran kedua ini.
1. Harga komik dikurangkan kepada RM 3.30. Untuk itu kami terpaksa mengorbankan sedikit bilangan mukasurat dan juga kualiti kertas..Apa kan daya, penerbitan kami baru nak merangkak..Yang penting adalah kandungan.
2. Tambahan cerita-cerita lain. KAmi cuba memuatkan berbagai komik, tetapi kerana cerita BHDU terlalu panjang, kami cuba habiskan dulu dalam keluaran ini. Selepas ini, kami akan pastikan setiap episod komik sekitaran 20-30 mukasurat sahaja.
3. Konsep cover dikekalkan tetapi di kalerkan...Mungkin ada yang kurang puas hati dengan cover kali ini, kami akan terus berusaha..
4. Pemasaran Umbra#2 terpaksa di hadkan ke Lembah Kelang dan beberapa bandar terpilih sahaja. Ini adalah kerana modal kami yang terhad.

Black Hole Down Under: Konklusi!
 
Ubder & Nurie
 
Setelah mengalami beberapa halangan, kini Amri terpaksa menurut arahan Baddboy demi menyelamatkan Umar. Pastinya Baddboy mempunyai alasan tersendiri mengapa dia mahu memerangkap Amri. Ramvox pula masih bertekad untuk menghapuskan Amri. Mengapa dia begitu bencikan Amri? Adakah pakcik Umar, Pao yang misteri itu akan berdiam diri?
 
Ikutilah cerita agen khas ini unuk mengetahui kisah selanjutnya..

Inline
 
Shahizan Desa
 
Atoy baru saja mengalami trauma dalam perhubungannya, dan kini berhijrah ke kota untuk mengharungi kehidupan baru..Dia bertemu kenalan baru dan juga hobi baru..Inline. Shahizan atau Abang Ijan adalah seorang kaki inline yang mempunyai ramai kenalan di Perlis. Kini mencuba bakatnya dalam karya komik.

Shock!
 
E-jam dan Sohail
 
Sekumpulan remaja sk8, apakah agaknya benda yang penting dalam misi harian mereka? Bolehkah ini dikatakan juga perjuangan? Tak kisah la, life goes on...It is about living!

Picture preview di sample Umbra#2!