Make your own free website on Tripod.com
umbra comix
Diskusi konsep UMBRA: BHDU

HOME

Updates
Diskusi konsep UMBRA: BHDU
Artikel pengenalan
Interview Sendiri
Preview UMBRA #1
sampel 1: Black Hole
sampel 2: Solitaire
Preview UMBRA #2
Data umbra#2
sampel UMBRA#2
e-mail
Mailbeg
Quick Sketches
MEMO untuk UMBRA

Yang berikut adalah petikan perbincangan antara Ubder dengan seorang pembaca di Pergh.com tentang konsep dan kritikan  tentang cerita Umbra. Untuk perbincangan yang lengkap, sila layari forum di laman www.pergh.com
 
1. Penjelasan beberapa kritikan tentang cerita BHDU:
".... Aku teramat lega sebab finally ada la juga orang baca cerita aku tu sampai abis. Terima kasih-terima kasih. PAsal artwork tu biasalah, minta maaf kalau keciwa, ini kami punya percubaan pertama, jadi tengah cari konsep. Sebenarnya walaupun aku yang reka konsep watak dan cerita serta setting, yang lain tu semuanye Nurie kena buat, sebab aku ni kerja part-time aja, dan masa tu sebuk pindah kerja. Jadi kami tak berapa dapat nak polish watak. Aku punya speciality ni cuma hand-to-hand combat aje, dan sikit-sikt memanah, jadi pasal senjata modern ni tak fasih la sangat. TApi kalau ada orang minat nak polish jalan cerita aku dan sikit-sikit concept tu aku amat suka, kurang sikit beban Nurie yang kena lukis beratus muka surat tu.

Konsep UMBRA ni memang dah lama dalam kepala otak aku, cuma detailnyer ajer blurr. WAlaupun episode black hole ni akan habis lepas ni, aku akan sambung dengan episode lain pula, guna watak-watak yang sama, untuk memberi lebih gambaran tentang dunia UMBRA. Ceritanya futuristik, tapi takle terlalu advance. Ko perasan tak, banyak senjata buruk diaorang pakai? Heh-heh ada sebab la. Nombor satu sebab ekonomi, senjata moden ni mahal sangat, cuma agen-agen yang top aja ada duit boleh beli. Amri ni agen bawahan ajer, kurang berpotensi untuk naik sebab tak cukup kejam. Ramvox pula suka heavy weapons sebab dia kejam gila, jadi dapat banyak duit upah. Walaupun mereka agen, gaji/uph direktorat bergantung kepada buruan mereka. Lagi banyak mati dan ditangkap, lagilah banyak duit. Tu lah yang Amri mulanya pakai panah aje. Kononnya murah dan senyap. Mereka ni tak suka satu sama lain sebab ada sejarah, tapi business is business.

PAsal watak ni, memanglah aku nak buat watak Amri ni cool gila, tapi sebab dah banyak sangat hero cool gila, aku jadikan dia ada kelemahan sedikit, contohnya, walaupun dia boleh jadi ganas, masih ada batasannya. Cerita Black hole ini adalah pasal Amri yang cuba berusaha untuk naik pangkat (lesen), tetapi di masa yang sama tertanya mengapa dia terus membuat kerja pemburuan ini.

Watak Ramvox pula, ialah seorang yang gila overkill dan enjoy dengan kerja dia. Dia tak peduli sesiapa asal dapat mencapai matlamatnya sendiri. Aku ada konsep latarbelakang Ramvox, sebab aku ni dulu minat Sabertooth dalam X-men. Ada motif disebalik kekejaman Ramvox, cuma kadang-kadang ada sedikit eccentric sedikit dengan perangainya yang tak senonoh. Dia bencikan Amri yang baginya cuba berlagak macam orang baik. Diaorang ni macam langit dan bumi...

Budak Umar ni pula walaupun nampak macam sidekick Amri yang menyebuk, aku pada asalnya nak buat dia watak utama. Aku plan nak lompat cerita beberapa tahun, bila dia tukar nama dan penampilan, kerana dia bukan budak biasa...dia ada kaitan dengan sejarah dunia UMBRA tu sendiri.

Aku tak sempat nak masukkan latarbelakang politik dan sosial dunia UMBRA sebab takut terlupa nak develop watak-watak utama pulak.

Kut mana pun, aku rasa versi cerita engkau pun best dan kreatif juga, apasal la aku tak terpikir, mana tau boleh jual lagi banyak sebab ada elemen-elemen yang popular. NAnti aku tanya Nurie sebab dia boss, mana tau boleh polish skrip aku tu ke. Cuma masa ni kami takder duit lebih aja.
..."
 
2.Tentang konsep awal BHDU dan watak-wataknya:
"...OK, OK, balik pada diskusi idea kau. Biar aku explain dulu apasal sesetengah perkara tentang UMBRA kurang jelas kepada pembaca. RAsa bersalah pulak. PAnjang sikit citer nye.

Semasa aku mula menulis plot Black hole tu, tujuan asal aku adalah nak buat episod bersiri (12 mukasurat) sebagai sebahagian dari antologi cerita-cerita aksi, kononnya nak hantar kat majalah lain. Lepas beberapa episod dah siap, baru aku perasan, orang sini tak terima cerita-cerita panjang ni, habis kuat pun 6 mukasurat, tu pun kalau artwork cun giler. Terfikir pulak, takkan nak tunggu berbulan entah bertahun baru nak perabih cerita. Aku ni suka tulis cerita panjang-panjang, kerana aku ada satu dunia dan idea dalam kepala otak aku yang aku rasa mesti diperkembangkan. Aku ni tak kenal ramai kartunis sebab kerja aku tak tentu hala sikit, tapi aku berjaya convince Nurie untuk cuba idea aku. Dia pun first time jugak, jadi kadang-kala tentulah presentation komik kami ni nampak naive sikit dari segi art-nyer. Silap aku juga sebab tunjuk karya Solano Lopez pada Nurie sebagai contoh. Tapi takpe, aku amat gembira bila dapat berbagai maklumbalas, coz there's where you really start to learn. Keep it coming, sebab aku tau niat korang ikhlas. Sesetengah komikus Mat Saleh (USA) ada kata, orang yang self-publish ni, syok sendiri, perasan karya sendiri bagus. Mungkin betul juga, orang rejek, aku nak publish jugak. Tapi yang penting sekali bagi aku adalah menyampaikan satu idea yang diharap dapat mencetus daya pemikiran dan kreativiti orang lain. Tu sebab aku tak kisah sangat kena komen ni. Eh, melalut pulak aku.

Oleh kerana penulisan asal lebih berbentuk instalments, jadi bila kami terbitkan sekaligus sebagai satu cerita, maka tentulah continuity cerita aku nampak batuk dan konfius sikit. Tak sempat pulak aku nak explain tentang unit agen khas direktorat. Aku tak pasti kalau korang pernah baca siri STRONTIUM DOGS dalam 2000AD, siri lama ni, hero dia mati last sekali lebih 10 tahun yang lalu. Sebenarnya watak Johnny Alpha tu amat mempengaruhi aku, lalu aku jadikan dia sebagai model Amri tu. Dan Unit Agen khas Direktorat tu (AKS), juga digelar "anj*ng Kutip/Kurap Direktorat", adalah satu cawangan ajensi penguatkuasaan pemerintahan benua UMBRA yang paling dibenci oleh penjenayah kerana dianggotai oleh pemburu-pemburu yang telah di "reject" oleh agensi lain, samada kerana masalah disiplin atau lain-lain. JAdi selalunya agen khas ni selalunya tak senonoh lah, dan kerja mereka adalah menangkap penjenayah 'hard-core' atau kerja kotor lain (sabotaj ke, assasination ke contohnya), macam CIA jugak, yang agensi lain tak boleh kontrol. Oleh sebab kerja mereka ni kotor, mereka bukanlah dianggap bekerja dengan direktorat (senang nak deny responsibility) tetapi sebagai pemegang lesen pemburuan berbagai gred, dengan buruan mereka ditentukan oleh kontrek khas yang dikeluarkan oleh Direktorat, ataupun dibawah penyeliaan unit "Kesan dan Buru". Selalunya kerja mereka berbentuk bunuh saja, takde tangkap-tangkap, melainkan ada arahan khas. Nak naik gred atas pulak samada kena pandai bodek penyelia, suap rasuah, ataupun buat kerja "khas". Contoh kerja khas ni macam yang Amri kena buat tu la. No questions asked...."
3. Tentang beberapa kelonggaran plot dan karekter:
"...Pasal part Aznil dapat password tu, aku pun sebenarnya tak berapa selesa sangat dengan cara penerangan kami. Mulanya aku dapat idea ni sebab banyak sangat kes-kes duit ATM kena cuti dan klon dengan senang, jadi apa bezanya dengan pentadbiran UMBRA yang terlalu bergantung kepada teknologi maklumat ni, walau teknologi canggih, orangnya masih tak canggih, makin tak boleh diharap ade la. aku mengharap ada orang boleh appreciate 'irony' ini, bila ada kesilapan komputer atau dicerobohi, tak ada orang yang mahu bertanggungjawab. Itu baru duit, kalau nyawa orang... Cumer cara penyampaian certia aku aja belum cukup bagus. Memangla kalau nak canggih lagi aku patut masukkan tentang konsep biometric password ke, voice recognition ke, atau breath recognition (macam dalam alien 4 tu). Contohnya, aznil potong tangan bapa saudara dia ke untuk access data perlesenan dan dalam masa yang sama pastikan tangan tu hidup lagi..yeh! brutal yea..Cuma masa tu tak perasan pula terlalu senang sangat. Hish, kalau tidak tentu nampak lagi canggih dan ganas.

Pasal alasan Aznil nak kenakan Amri pun bila aku baca lain, mungkin boleh buat lagi kukuh. DAlam cerita aku ni, Aznil bengang jugak kat Amri sebab awek dia Auntie yang badan besar tu cedera, tapi sebenarnya saja Aznil nak pekena Amri sebagai melepaskan bengangnye kepada Direktorat UMBRA. Dulu si Aznil ni pun pegawai eksekutif UMBRA jugak, tapi kena blacklist (SPOILER). Saja dia guna Ramvox, seorang agen yang terkenal dengan ketidak-senonohan nya. Lagi pun, mana-mana agen khas ni tak perlu ambil tau pun sebab-musabab pemburuan, janji lesen keluar, terus bunuh. Tapi cadangan kau nak menguatkan lagi motif si Aznil ni power la jugak, mana tau aku nak sambung kisah dendam antara Aznil, Amri dan RAmvox ni?? Wei, aku rasa la, ada potensi ni nak buat cerita Black hole- revisited. Masalahnye aku tengah plan nak musnahkan sektor Z tu dalam cerita lain (SPOILER lagi). TAkper, cerita belum kuar lagi, boleh dirunding. (tunggu ko habis study).
Sebenarnya versi Amri ko pun, ada sikit persamaan dengan konsep asal aku, cume masalah aku tu lah, dah ada orang lain buat watak utama dengan konflik dalaman begitu. JAdi versi aku ni, Amri sebenarnya langsung tak sesuai dengan kerja ni, tapi kalau pasal membunuh, memang dia cekap sebab dulu dia pernah jadi pegawai tentera dalam peperangan sempadan UMBRA (potensi cerita lagi), entah macammana sesuatu berlaku, lalu dia join AKD, (tragedy kot??)lalu tak berminat nak hidup bermasyarakat. Agen-agen lain tak suka dengan dia sebab dia ni nampak macam budak baik, merosakkan imej mereka yang brutal ajer. Mungkin konflik yang ada buat masa ni adalah antara skil dia dan keraguannya.

Aku rasa versi ko ni boleh reka satu lagi watak agen khas, macam Amri juga, tapi rival dia, mana tau berebut mengorat awek kee...Mesti best buat depa bergaduh. Lepas tu RAmvox tumpang sekaki. Eh, takleh la..nanti jadik cerita blues pulak.  ..."
 
4. Lagi tentang konsep dan pengaruh cerita:
"...memang aku ni peminat setia Dragon Ball (dan Rurouni Kenshin), semua buku dia aku beli kecuali anime version aje (Tak power macam original). Jalan cerita pun hafal. TApi, tu lah, macam nasik goreng, ada banyak style cerita, mungkin style aku lebih kepada "Ghost in a machine", cuma tak dak awek cun macam Major Kusanagi tu lagi, dan artwork pulak merujuk kepada yang paling tak popular/glamer - Tentang F Solano LOpez ni (takde kaitan ngan 2000AD- tu aku merujuk pada watak aje), dulu aku ada beli satu grafik novel lukisan dia, pasal seorang vietnam vet yang mengekori jejak seorang awek cun yang sentiasa membuat lelaki yang dikenalinya tu menjadi pembunuh rambang awam (massacre),dan akhirnya dia pun ikut jadi gila bila kenal awek tu..ada saikologi sikit. Lupa pulak tajuk dia, dah kena kebas. Takder superhero, takder super-power, takder jiwang. Komik jugak. TApi takpe, aku pun dah rasa mungkin style aku ni amatlah kurang serasi dengan pembaca sini, jadi aku akan cuba polish bagi lebih senang nak ikut. Kalau takder orang nak baca, dan tak seronok, tak guna jugak kan? Thanks for the reminder.

Gambar perfect loner yang baru tu aku dah tengok. Costume Amux tu aku nampak ada sikit-sikit macam dalam Wildcats, gaya Jim Lee. Tapi weh, aku dah dapat merasakan potensi si Ramvox ko tu, dia tu pun watak favourite aku. Aku cukup happy ada orang nak repair watak-watak aku tu, dan aku rasa kalau ko teruskan, BHDU-X tu akan menjadi realiti sebab aku dah terbayang pun jalan cerita nyer. Ni yang aku suka buat cerita panjang-panjang ni, boleh kupas konsep watak dan background dengan lebih bebas lagi. Heh, nak buat projek ke habis study ni?

Buat masa ni aku nak biarkan background Ramvox tu sebagai misteri aja, tapi dalam teruk-teruk dia, ada agenda tersembunyi tu. Ko mesti perasan yang Ramvox tu ada sikit serong otak dia. Dulu, dia tak gitu. Entah macammana sesat masuk AKD. Aku tak mau spoil background dia, mau kasi saspen sikit, tapi aku gerenti nangis.

Ada pun cerita Black hole ni adalah semata-mata nak memperkenalkan dunia UMBRA, dan watak-watak yang akan bertemu lagi dalam cerita lain dengan jalan cerita yang semakin berbelit-belit kompleks (sorry agen), tapi gerenti penuh aksi. Cerita kedua dah pun dalam proses lukisan, title dia Red Sigma. Problem dia, aku kena tukar cerita tengah jalan sebab filem Resident Evil dah kuar. Ceh, susah jadi penulis ni, semua idea sama aja... "
\
5. Tentang Lisa:
"...BAlik pada soalan ko tentang LISA - si lelabah mekatronik tu. KO bayangkan lah anj*ng AIBO zaman sekarang, kasi dier advanced artificial intelligence, sambungkan dia dengan internet. Dia ni macam personal assistant la, macam senjata juga, agen tarak duit macam Amri, beli jenis yang boleh berjalan aje, banyak duit macam Ramvox pulak pakai assistant boleh terbang, buru dan bunuh (Gator si robot helang). Intelligence dan personality assistant ni terpulang jugak dengan software nyer. Jadi dalam internet, LISA ni guna muka dan suara pompuan. NAnti satu hari kalau umur UMBRA panjang (>5 isu), aku nak cerita tentang sejarah LISA dan Amri. Tak mau spoil cerita. Buat masa ni dia cuma watak sokongan jer. Yang Gator tu pulak, walaupun mahal, takde personality sebab Ramvox tak perlukan teman. Peranan mekatronik ni pulak berbagai, LISA berkeupayaan menjadi medical assistant ketika dalam pertempuran dan juga sebagai pengintip. ..."
 
6. Dunia UMBRA:
"...BAlik pada background dunia Umbra tu sendiri, aku ni cuma bayangkan satu dunia yang tak berapa jauh di hadapan, mungkin 50-80 tahun akan datang, dimana corak pemerintahan dunia sudah berubah, takder lagi kerajaan, dah totally global dah, sumernya bisnes, dan yang malangnya kemajuan sains, teknologi dan sosial terbantut sebab...kalau semua orang jadi baik, tak ada bisnes la jual senjata kan, tak ada kuasa nak direbut la..Teknologi senjata pun terbantut sebab, sekarang pun dah canggih, kalau canggih sangat, senang sangat orang mati, saper nak beli senjata lagi?? Ini bisness punya kira juga. JAdi, bumi ni cuma terbahagi pada benua laa, UMBRA ni benua Selatan.. ceh, tarak saspens dah. MAlaysia pulak dah lama tenggelam kena bom atom (hui, sensitip nii..), tapi orang Melayu tetap hidup merempat dimerata tempat, macam yahudi zaman lepas WW2 tu. Tu sebab hero aku tu nama MElayu dan yang lain tu berbagai jenis bangsa. TApi mase depan bangsa pun tak penting lagi sebab semua dah hilang identiti, jadik, duit juga cakap. NAh habis rahsia konsep UMBRA...untuk sapa-sapa yang minat..."
 
Harap petikan perbincangan ini dalam menjelaskan tentang cerita UMBRA pada pembaca budiman. Wassalam..
 

Camana? Ada orang yang boleh tambah konsep lagi ke..? You're welcomed, anytime..

Enter supporting content here