Setahun yang lalu Mr UBDer-taker merasa amat jemu dengan rutin hariannya. Ketika bersembang dengan kawannya Awie, Mr UBDer mengeluarkan idea untuk membuat wayang dan jadi kaya macam Datuk Yusof Haslam. Tapi kerana tak ada duit, pilihan yang berikutnya adalah mengeluarkan komik. Lagi best. Tak perlu pakai pelakon mahal-mahal dan bayar sewa lokasi. Lagi pun Mr UBDer tak ada kad Seniman macam Siti Nurhaliza tu, jadi silap-silap kena tangkap pulak. Mr Ubder kuat mengigau dan berangan-angan nak jadi hero. Maklumlah, kerja teruk hari-hari, tak naik-naik pangkat pun, buat benda yang sama aja. Jadi berlonggok-longgoklah karya Mr Ubder dalam otaknya tak dikeluarkan. Yang paling boring bila tengok orang lain keluarkan cerita dekat-dekat nak sama dengan Mr Ubder seperti cerita GHOST IN A SHELL tu (perasan dia la..). Tapi tak upayalah, Mr Ubder ni malas melukis, jadi siapa keluar dulu, nasib dialah kan. Nak hasil karya, tak ada orang nak terima agaknya, takut pula penat-penat perah otak cipta cerita, jadi hak orang lain pula. Nama pula tak ada, kena padam. Mr Ubder amat prihatin tentang nasib beberapa kartunis tempatan yang dihormatinya. Jadi angan-angan tinggal angan-angan la.... sampailah AWIE contact Nurie, seorang pelukis yang boring bagi hutang sama orang.
Jadi mereka pakat la nak terbitkan cerita. Masalahnya, cerita Mr UBDer terlalu gelap sangat. Terlalu berbelit-belit macam otaknya, takut pula syok sendiri dan orang tak boleh follow. Jadi Mr Ubder bagilah idea dan plot sama Nurie dan cuba tengok interpretasi Nurie pula. Lalu terhasillah cerita UMBRA: Black Hole down under! Oleh kerana rasanya tak ada penerbit yang mahu ambil cerita mereka yang meleret-leret ini, dan gaya bahasa pula tak ikut style kegemaran komik tempatan sekarang, mereka pun terbit sendiri, biar pokai dan makan mee segera tiap hari asal puas hati.
|
muka depan dan belakang menggambarkan konsep aksi menghadapi bahaya yg tersembunyi dalam kegelapan. |
Fokus utama penerbitan UMBRA adalah cerita panjang yang dimuatkan dalam sebuah komik tebal yang habis dalam 2-4 isu. Kami cuba memasukkan berbagai cerita yang berbeza, buat masa ini biarlah memperkenalkan cerita asal kami dan satu cerita sampingan. Cerita yang mahu kami hidangkan mungkin futuristik, aksi, drama berat, sosial, apa saja yang kami rasa menampilkan watak-watak kemanusiaan yang berbagai. Pengaruh gaya cerita kami mungkin lebih kepada cerita lawan gaya Jepun (Manga) seperti Tough- High school fighting, Rourunin Kenshin (Samurai X), Akira serta cerita wayang lama dari Jepun oleh Akira Kurosawa seperti Yojimbo, Sanjuro, Rashomon. Dari segi gaya lukisan pula kami terpengaruh dengan cara Marvel yang klasik (Jack Kirby, Jim Steranko), comix, beberapa artis Latin & Eropah, dan idola kami adalah Frank Miller. Tapi kerana kami ni baru pertama kali menerbitkan Komik, mungkin standard cerita kami tak seberapa hebat dan lukisan pun mungkin sederhana saja. Maklumlah, Nexcomers. Newcomers. Apa pun. Bezanya, watak-watak kami walau dalam apa genre pun, mungkin anda pernah kenali dalam kehidupan seharian, seperti watak Amri dalam Black Hole, yang tak pandai naik pangkat, asyik jadi kuli saja. Macam UBDer juga Walau apa pun, kita kenalah bermula dari bawah, pagi roti canai, petang nasi lemak, malam mee segera.
Lalu UMBRA di terbitkan dari igauan dan angan-angan. UBDer-taker yang tak mahu lagi jadi kuli selamanya. Nurie yang mahu mengembangkan bakat seninya. Dan Lee FQ pula? Hanya mahu mengasah belakang parang sehingga menjadi tajam.
COMIX?
Eh eh! Mesti ada orang tanya mengapa COMIX bukan COMICS? Ada kaitan dengan underground ke? Masa kecil-kecil dulu Ubder ada juga minat sama sesetengah Comix dari US dan UK, juga Australia. Tapi akhirnya kebanyakan karyawan tersebut jadi mainstream juga. Ikhlasnya kami tak mengaku underground langsung, tapi hanya menyediakan format komik yang alternative. Lagipun komik untuk pasaran umum tentulah tak boleh terlalu brutal, tapi yang pasti aliran komik kami mungkin tak sesuai dengan sesetengah orang yang sukakan kartun lawak intelek, lukisan awek cun melecun, watak-watak cute, atau artsyfartsy design. Kami cuma suka buka cerita saja menggunakan komik sebagai media penyampaian. Kalau nak ikut strategi pasaran, besar kemungkinan tak laku. Target utama kami buat masa ini adalah untuk survive supaya boleh meneruskan penerbitan. Jadi tak salahkan kalau kami guna perkataan Comix kerana konsep komik kami melanggar norma penerbitan komik popular tanahair masa kini, dan lebih dipengaruhi oleh komik-komik Melayu tahun 70an, cuma tebal sikit. 99% komik. Tak ada infogames, apa-apa review atau comics news, sebab dah ada orang lama yang lebih hebat lagi (Wa respect sama lu GEMPAK!).
Harap tak ada yang salah faham dengan penggunaan terminologi COMIX dalam website ini.
Catatan:
Lee FQ adalah seorang yang amat teringin nak jadi penulis, dan setelah merayu-rayu akhirnya dengan penuh keharuan diberi peluang oleh Ubder untuk menghasilkan Solitaire. Lee FQ juga amat meminati Deanna Yusof, tapi tak pernah dapat peluang. He he he...
Last updated on |