umbra comix
Updates
Diskusi konsep UMBRA: BHDU
Artikel pengenalan
Interview Sendiri
Preview UMBRA #1
sampel 1: Black Hole
sampel 2: Solitaire
Preview UMBRA #2
Data umbra#2
sampel UMBRA#2
e-mail
Mailbeg
Quick Sketches
MEMO untuk UMBRA
Selamat datang ke halaman Umbra Comix. Halaman ini bertujuan untuk memperkenalkan anda kepada konsep dan kandungan penerbitan sulung kami yang telah keluar isu pertamanya pada Jun 2002 - UMBRA. Umbra #2 telah keluar Oktober 2002.. Kini Umbra #3 telah muncul kembali setelah 9 bulan bertapa dan membawa beberapa orang rakan baru! Ogos 2003.
 
Ada free on-line comix! Sila lawat link di bawah.
 

frontbackcover.jpg
Umbra#3. Cover oleh NuriE.

Format baru, harga baru..
 
RM 2.00 sahaja! 
96 ms. hitam-putih.
 
Bermula UMBRA #3, kini menjadi antologi komik tempatan...
 
KINI DI PASARAN SELURUH MALAYSIA! BERMULA OGOS 1

Umbra #3 kini berwajah baru, dengan lebih banyak komik yang berbeza... Komikkkkk!

Apa yang akan keluar dalam umbra #3?
Lebih aksi, lebih cerita menarik, dan tambahan pelukis baru!
 
1. Red Sigma (Ubder&Nurie): Agen khas Amri dan Ramvox kembali setelah naik pangkat (memangku) kelas 1, dan kini lokasinya adalah kawasan luar bandar, dan kemunculan musuh baru dan juga agen baru Annarok. anda akan saksikan lebih banyak tentang Ramvox - si agen jahat yang mempunyai agenda tersendiri. TENGAH MALAM DI HEAVEN'S KEY.
 
2.Inline (Shahizan) Episod 2: kisah Atoy, si mamat yang baru frust bercinta hendak berjinak dengan dunia inline skating, tetapi terjebak dalam satu situasi bahaya yang tak diduga kerana kenalan barunya, Jaie.
 
3.Shock (Sohail) Episod 2 - geng sk8 remaja berjuang untuk negara? Eh tidak, berjuang untuk tempat lepak.. Siapa lebih brutal? Karya komikus dari negeri terutara Semenanjung...
 
4. Alifstyle's Hero. Kisah sorang budak yang mahu jadi... hero? http://www.alifstyle.cjb.net/
 
5. Cyborg-tech : Pembalasan. Karya Ard-one dengan konsep dunianya yang tersendiri, serta stroke manga yang boleh buat korang jealous..
 
6. Antara Ana dan Jun: juga dari Ard-One. Kisah dilemma kejiwangan...  kalau aksi je boring jugak kan? Apakah erti keserasian?
 
7. Sayembara terakhir: citer aksi pertarungan ala Hong Kong karya Yurie dan Panaharjuna.. Nak jadi jaguh, mestikah ada perasaan dengki?
 
8. Little Ugly: oleh Alifstyle, kisah seorang budak brutal yang teringin nak hisap rokok... Are you macho enough?
 
9. Jurnal alifstyle - mengenali allahyarham Rejabhad dari mata kartunis muda... Alif memang muda usia, tapi banyak pengalaman..
 
Nota pengarang : Dengan sedihnya cerita Perang psiker dan Solitaire kena tangguh lagi... Pelukis-pelukis tengah cari ilham. 

Ingat memahami lebih lanjut tentang UMBRA? sila ikuti laman baru kami Diskusi UMBRA.
 
FREE ON-LINE COMIX - siri BHDU di berikan warna digital... khas untuk versi online sahaja..
 
sila ke halaman berikut:
 

thumbcover2.jpg
Muka depan siri pertama Komik Umbra yang telah muncul di pasaran pada Jun 2002

UPDATE 22/7/2003:
 
Umbra #3 sudah pun keluar awal Ogos 2003 lalu.. Bebanyak terimakasih kepada teman-teman dan pembaca yang memberi maklum-balas tentang keluaran tersebut.. Minta maaf seandainya agak terlewat membalas utusan mel dan pertanyaan..
 
Kami sedang dalam proses menyiapkan umbra #4, kali ini cover oleh ODOWS, seorang lagi muka baru dalam Umbra yang menampilkan watak ciptaannya Enigma. Sasaran tarikh edaran, lewat september 2003.. Buat masa ini kami juga sedang menyiapkan cover untuk #5 dan #6, sambil mengumpulkan bahan-bahan.
 
Antara tambahan karya2 baru untuk #4 adalah Odows, Invictus, Axeral, Neo Sidewinder, Mafia dan Hairi, membawa konsep komik masing-masing yang tersendiri. Oleh itu komik Umbra #4 akan menampilkan karya dari 11 orang komikus. Saya akan cuba membuat preview komik mereka update yang akan datang.
 
Komik on-line BHDU-redux akan di teruskan, update berikutnya mungkin 2 minggu lagi..
 
-Ubder-

banner.jpg

Last updated on